salam


Sunday, November 17, 2013

PERSAHABATAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM MUHIBAH.. heheh


they are my friends.. ^__^


Dah bersarang bog ni lama x update nya.. Ehmmmm.... hari saya nak cerita sikitlah mengenai persahabatan ni. Tetiba-tiba teringat kat kawan-kawan pula. Apa yang kita alami dengan teman atau kawan atau sahabat ini kadang-kadang rasa merimaskan mungkin ada yang menyakitkan hati, tetapi itulah yang membuatkan persahabatan itu mempunyai nilai yang sangat indah dan bermakna bagi saya sendiri.

Persahabatan sentiasa akan mewarnai dengan berbagai pengalaman dan kenangan yang sangat bermakna sama ada suka atau duka, kadang-kadang sangat mengembirakan atau kadang-kadang sangat menyakitkan, pernah dikecewakan, pernah diambil berat, dilupakan atau sentiasa diingati, dimarahi atau dinasihati dan mungkin juga pernah disukai atau dibenci oleh teman-teman kita. semua ini sentiasa bermain dalam setiap persahabatan didunai ini.



Saya juga mempunyai ramai sahabat yang semuanya lain ragamnya.. Kadang-kadang sikap setiap sahabat ini membawa 1001 maksud yang kita tidak dapat ungkapkan dengan kata-kata. Sebab mereka begitu bernilai kepada saya dan saya amat menyayangi dan menghargai mereka..

Proses untuk menjadi sahabat juga mungkin bagi saya begitu merumitkan dari orang biasa kepada sahabat. Kerana ia memerlukan masa dan usaha untuk mendekatkan diri kepada seorang sahabat. Persahabatan juga dilihat dari segi kesetiaan, perhatian, pertolongan dan juga termasuk dari kasih sayang antara sahabat. Lihatlah bertanpa warna-warninya persahabatan itu. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur kerana dianugerahkan dengan SAHABAT SEJATI dan perlu menikmati keindahan persahabatan ini.

SAHABAT-SAHABATKU...



sweet moment at this time.. really miss it..

Semoga bermanfaat...
Salam persahabatan dan ukhuwah..
^_____^

Wednesday, June 5, 2013

EXAM SUDAH!!!

Sudah bersawang blog aku ni.. hmm.. dr awai sem sampai hujung sem, baru sekarang nak up date blog. tak patut tak patut. Haaa.. Apa-apa pon aku up date blog hari ni sebab nak bagi taw kat semua orang kampung kata ESOK AKU DAH START EXAM DAHHH.. wahh.. cepatnya masa berlalu.. jadi mood aku sekarang mood study.. mood study la sangat ye cik farah.. tak kesah lah.. janji tengok buku jugak.. heheheh... ni dia jadual exam aku.. esok nak exam sempat lagi update blog.. ish2, apa nak jadi ni.. 


ok la.. setakat ini dulu sesi meng-update blog.. heheh.. jumpa lepas ini plak... hope dapat buat yang terbaik dalam exam kali ini. ok.. Daa.. nk p sambung study plak.. huhu

Saturday, March 9, 2013

sem 4 dah??

Permulaan sem baru ini aku harap sangat dapat berubah ke arah yang lebih baik. sekarang dah minggu yg ke3.. Assignment pon dah berlambak-lambak. So, kita kena bertindak sekarang untuk menyiapkan semua pada masa yang ditetapkan. Tapi tak sangka pula dah nak dekat 2 tahun aku kat UPSI ini. huhuhu... lagi 2 tahun lg nak habis.... sabar farah sabar... Kawan-kawan pon dah rase macam adik beradik. Jom kita tengok keakraban kami.. hehehe... hope persahabatan kami berkekalan selamanya... >_<

always together..
my lovely friends






Sunday, January 20, 2013

~Program BIG 2013 (Fasa 1)~

Pembukaan bagi tirai 2013 untuk blog aku nie, aku nk ceritakan mengenai Program BIG... apa tuhh... Program besar ka.... haaaaaa... BIG adalah singkatan bg Bina Insan Guru.. aku telah menjadi fasilitator bg program tersebut selama 4 hari bf fasa pertama.. Untuk pengetahuan semua, peserta bg program ini dari cikgu2 DPLI yg akn berpraktikum tak lama lg... Bg aku program ni mmg sgt menarik dan menyeronakkan.. aku dpat menimba pengalaman dan dapat meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi fasilitator yg berjaya... Banyak yg aku belajar dr program ni.. Walaupun peserta program ni lebih tua dr aku tapi aku dpt melakukan dengan sebaik mungkin.. ok.. xnak ckp pnjg jom kita tgk gmbr pulak.. 












Thursday, December 13, 2012

FAMILY!!

Skang ni nak citer pasal jalan2 dgn family pulak... heheheh... jalan2 ni dah lama dah... masa awal sem 3 lagi.. skang ni dah hujung sem 3 dah... hehehe... Sebelum menghantar aku ke kolej, family aku pon mengambil kesempatan ni untuk berjalan ke I-CITY... heheh... Apa2 pon setiap gambar ada ceritanya... Jom lihat


 bersedia untuk ke I-city

 R&R jejantas

 abg pijan, kakcik n iman




 together!!




 fazdli


izzati
aku pergi dgn family n sepupu ku... Tp dua orang xdapat ikut iaitu Abahku n faris... Huhuhu... Sedihnya... Tp xpe, len kali kita keluaq lain ye.... 

FASILITATOR


Baru-baru ini, aku telah jadi fasilitator untuk kelas kelompok berstruktur aku... Hmmm... perasaan aku pada ketika itu jangan dok cakap la, memang ketaq kot... Tapi, aku kena kuatkan diri aku untuk perubahan dalam hidup aku.. sampai bila nak ketaq je... Hehehe.... Apa2 pon ari tu memang best la sebab modul aku pasai personaliti. So, kwn2 aku pon nak taw ape personaliti depa.. Xmaw cakap byk, jom kita tengok gambar....



 aq, zaff, nizam, n nani
 penerangan... hehe

 nizam, nani, maton n kinah
fauzi di tepi aq


hahahaha... setakat ni je la cerita aku pada hari ini.. Apa2 pon, kawan2 byk memberi support... I love my Friend.. 

Monday, December 3, 2012

ARE YOU HAPPY??


HAPPY?? SAD?? ANGRY??..... Hmm.... ntah la.... aku pon tak tahu nak ungkap cmna nak ungkapkan perasaan aku.. Dengan situasi perasaan aku sekang, maka terjadilah Blogku yang pertama ini.. Blog ini dihasilkan supaya aku dapat berkongsi pengalaman, gambar, resepi, ilmu, dan sebagainya dengan korang semua... oklah setakat ini la permulaan blog aku pada hari ini..